Tuesday, August 18, 2009

NOTA PENGHARGAAN UNTUK SUMBANGAN SERTA KERJASAMA BAGI MENJAYAKAN PESTA WARISAN KUALA LUMPUR 2009 ( PESAN KL 09 ) – 25 JULAI 2009.

The Blackcoat Event Management, penganjur bagi program yang dinyatakan di atas, ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada pengunjung dan warga kerja serta para penaja PESAN KL 09 di atas sumbangan dan kerjasama yang murni dalam menjayakan acara khas yang dianjurkan oleh The Blackcoat Event Management iaitu Pesta Warisan Kuala Lumpur 2009 ( PESAN KL 09 ) - 25 Julai 2009.

2. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar serta mendapat maklum balas yang baik dari para pengunjung PESAN KL 09.

3. Malah, tanpa keraguan lagi, sumbangan murni dan kerjasama serta kehadiran pengunjung dan warga kerja serta para penaja PESAN KL 09 telah berjaya melengkapkan acara khas ini dalam memartabatkan warisan bangsa negara serta berjaya memenuhi inspirasi negara iaitu Satu Malaysia.

4. Sebagai sebuah projek acara khas yang mencuba memartabatkan warisan bangsa Malaysia, kami amat berharap bahawa ianya telah menjadi satu pemangkin dalam membentuk satu ketamadunan yang unggul oleh rakyat Malaysia untuk Malaysia.

5. Oleh demikian, dengan rasa rendah diri dan hormat, terimalah ucapan sejuta penghargaan dari pihak kami. Sekian terima kasih.

Adat diisi, janji dilabuh, PESAN KL sama dirai

Ikhlas dari Ahli Kumpulan The Blackcoat Event Management;

Helmy Zulfadli Mohd Amin

Julieana Mohd Rus

Azrie Izham Hamzah

Saturday, July 25, 2009

The Moment Of Truth - Media Coverage

KUALA LUMPUR, 25 Julai -- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sempat bergurau dengan kedua "pengantin baru", Alfian Jamil dan Nur Nabilla Rusli dan mengingatkan mereka -- 'ini cuma olok-olok je tau, jangan lebih-lebih pulak' pada majlis Pesta Warisan Kuala Lumpur (PESAN KL09) sehari di Komplek Studio Merdeka, Finas di sini, hari ini.Program anjuran pelajar tahun akhir Akademi TV3 itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus serta mengaplikasikan kemahiran mengenai komunikasi dan pengurusan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 25 Julai -- SERONOKNYA... Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tersenyum melihat kemesraan "pengantin" perempuan Nur Nabilla Rusli menyuap "suaminya" Alfian Jamil pada majlis Pesta Warisan Kuala Lumpur (PESAN KL09) di Komplek Stadio Merdeka, Finas di sini hari ini.Program anjuran pelajar tahun akhir Akademi TV3 itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus serta mengaplikasikan kemahiran mengenai komunikasi dan pengurusan.

Wednesday, July 1, 2009

PESAN KL 09 POSTER




Come and join us!

Monday, June 1, 2009

INFO PESAN KL 09

NAMA ACARA EVENT

Pesta Warisan Kuala Lumpur 2009 (PESAN KL 09) 2009 Kuala Lumpur Heritage Fiesta

PENGANJUR ORGANIZER

The Blackcoat Event Management

(pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pengajian Media di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) - dulu dikenali sebagai Akademi TV3)

(final year student of Diploma In Media Studies at Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) - formerly known as Academy TV3)

TARIKH DATE

25 Julai 2009 (Sabtu) 25 July 2009 (Saturday)

LOKASI LOCATION

Kompleks Studio Merdeka FINAS, Hulu Kelang

VVIP

Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 1



AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK ACTIVITIES


  • Demonstrasi Adat Adat Demonstration
  • Seni Tari Dances
  • Seni Muzik Musics
  • Pameran Seni Bina dan Tapak Warisan Exhibition of Monuments and Heritage Sites
  • Makanan Tradisional Traditional Dishes
  • Dan banyak lagi And many more

*Semua maklumat di atas tertakluk kepada perubahan. Akan dikemas kini dari masa ke
semasa.

*The abovementioned details are subject to change. Updates will be made from time to time.

Saturday, May 30, 2009

T SHIRT EDISI KHAS PESAN KL 09


(klik setiap imej untuk paparan lebih jelas)



1. PILIH design (rekabentuk) t shirt kegemaran anda. (A, B, C, D, E atau F)


2. Sila EMEL butir-butir yang dikehendaki (NAMA, NO.. HP, DESIGN DAN SAIZ PILIHAN)


3. BAYARAN RM 30 ke;



MAYBANK: 105176013184 - HELMY ZULFADLI MOHD AMIN


CIMB: 14380079524522 - AZRIE IZHAM HAMZAH


4. LAMPIRKAN (ATTACH) sama bukti pembayaran pada emel (file .jpg)



5. Apabila dihubungi, DATANG sendiri ke lokasi yang akan dimaklumkan untuk mengambil t shirt.


(Beri kami selewat-lewatnya (1) bulan untuk menyiapkan t shirt)


*TARIKH AKHIR MEMBUAT PEMBAYARAN ADALAH 5 JUN 2009

TARIKH AKHIR MEMBUAT PEMBAYARAN DILANJUTKAN KE

12 JUNE 2009



Sebarang pertanyaan atau pembelian sila emel kepada theblackcoat.event@gmail.com