Tuesday, August 18, 2009

NOTA PENGHARGAAN UNTUK SUMBANGAN SERTA KERJASAMA BAGI MENJAYAKAN PESTA WARISAN KUALA LUMPUR 2009 ( PESAN KL 09 ) – 25 JULAI 2009.

The Blackcoat Event Management, penganjur bagi program yang dinyatakan di atas, ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada pengunjung dan warga kerja serta para penaja PESAN KL 09 di atas sumbangan dan kerjasama yang murni dalam menjayakan acara khas yang dianjurkan oleh The Blackcoat Event Management iaitu Pesta Warisan Kuala Lumpur 2009 ( PESAN KL 09 ) - 25 Julai 2009.

2. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar serta mendapat maklum balas yang baik dari para pengunjung PESAN KL 09.

3. Malah, tanpa keraguan lagi, sumbangan murni dan kerjasama serta kehadiran pengunjung dan warga kerja serta para penaja PESAN KL 09 telah berjaya melengkapkan acara khas ini dalam memartabatkan warisan bangsa negara serta berjaya memenuhi inspirasi negara iaitu Satu Malaysia.

4. Sebagai sebuah projek acara khas yang mencuba memartabatkan warisan bangsa Malaysia, kami amat berharap bahawa ianya telah menjadi satu pemangkin dalam membentuk satu ketamadunan yang unggul oleh rakyat Malaysia untuk Malaysia.

5. Oleh demikian, dengan rasa rendah diri dan hormat, terimalah ucapan sejuta penghargaan dari pihak kami. Sekian terima kasih.

Adat diisi, janji dilabuh, PESAN KL sama dirai

Ikhlas dari Ahli Kumpulan The Blackcoat Event Management;

Helmy Zulfadli Mohd Amin

Julieana Mohd Rus

Azrie Izham Hamzah