Friday, May 29, 2009

PESAN KL 09

Pesta Warisan Kuala Lumpur 2009 – PESAN KL 09 merupakan sebuah projek pelajar tahun akhir Malaysia Institute of Integrative Media (atau lebih dikenali sebagai Akademi TV3) bagi melengkapkan kursus Diploma Pengajian Media. Bagi melengkapkan kursus tersebut satu acara khas perlu dijayakan.


PESAN KL 09 merupakan penganjuran aktiviti warisan budaya di bawah satu jenama bagi mengukuhkan serta meneruskan kesinambungan warisan budaya negara. PESAN KL 09 disasarkan kepada keseluruhan masyarakat Malaysia khususnya golongan belia dan beliawanis. Golongan belia dan beliawanis inilah merupakan pemangkin kepada pembangunan modal insan negara sekaligus mewarisi warisan budaya negara.

PESAN KL 09 diwujudkan dengan objektif untuk :


  1. Untuk memenuhi konsep Satu Malaysia yang menyatukan seluruh masyarakat Malaysia yang bertindak dalam satu nada dan satu matlamat.
  2. Untuk meraikan dan menyemarakkan serta memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai warisan negara.
  3. Untuk meneruskan kesinambungan warisan bangsa kepada belia dan beliawanis negara.
  4. Untuk mengembalikan kegemilangan warisan budaya negara ke tahap yang lebih tinggi serta dikenali masyarakat antarabangsa.
  5. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang lebih kukuh diantara kaum khasnya masyarakat Malaysia dan luar negara.
  6. Untuk melengkapkan tugasan projek akhir bagi Diploma Pengajian Media Malaysia Institute of Integrative Media.